JAKARTA: Sebuah pesawat yang membawa ratusan jemaah haji Indonesia dari Asia Barat terpaksa diubah haluan pagi tadi susulan ancaman bom, menjadikan insiden kedua seumpamanya dalam tempoh seminggu. Pesawat Saudia Airlines, penerbangan SV5688, berlepas dari Jeddah, Arab Saudi ke Muscat, Oman sebelum meneruskan penerbangan ke Surabaya di Pulau Jawa, Indonesia. Bagaimanapun, pihak kawalan trafik udara di Jakarta menerima panggilan mengenai ancaman bom terhadap pesawat berkenaan, sekali gus menyebabkan ia diarahkan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Medan, Sumatera Utara. Menurut kenyataan dari Direktorat Jenderal Perhubungan Udara, pasukan keselamatan segera dikerahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya