BOSTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump menghalang Universiti Harvard untuk mengambil pelajar asing dalam satu tindakan terbaharu semalam.
Langkah itu juga menyaksikan pelajar asing sedia ada di universiti tersebut terpaksa berpindah ke institusi pengajian lain atau kehilangan status undang-undang mereka.
Trump turut mengancam untuk mengenakan pendekatan serupa terhadap universiti lain.
Setiausaha Dalam Negeri AS, Kristi Noem mengarahkan jabatan itu menamatkan pensijilan Program Pelajar Asing dan Pertukaran Universiti Harvard.
Noem menuduh universiti berkenaan ‘memupuk keganasan, antisemistisme dan selaras dengan Parti Komunis China’.
Sebagai reaksi, Harvard menyifatkan keputusan tersebut sebagai tidak sah dan menjejaskan ribuan pelajar.
Langkah itu dibuat selepas Harvard enggan memberikan maklumat yang diminta Noem sebelum ini mengenai beberapa pemegang visa pelajar asing di universiti berkenaan.
Seramai 6,800 pelajar asing berdaftar di Harvard pada 2024 sehingga 2025 dengan 27 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar.
Pada 2022, pelajar dari China menjadi populasi terbesar bagi pelajar asing di Harvard iaitu seramai 1,016 orang, diikuti Kanada, India, Korea Selatan, United Kingdom, Australia, Singapura dan Jepun.










