LONDON: Lapangan Terbang Heathrow di Britain ditutup sepenuhnya selama 24 jam selepas kebakaran besar di sebuah pencawang elektrik mencetus gangguan bekalan kuasa ke seluruh kemudahan itu. Perkhidmatan penjejakan dalam talian FlightRadar24 melaporkan penutupan Heathrow yang merupakan lapangan terbang paling sibuk di Eropah menjejaskan sekurang-kurangnya 1,351 penerbangan. “Heathrow sedang mengalami gangguan kuasa yang besar. Pihak pengurusan menjangkakan gangguan besar berlanjutan beberapa hari lagi. “Penumpang tidak seharusnya pergi ke lapangan terbang dalam…









