Enjin pesawat terbakar 'dilanggar' burung

Enjin pesawat terbakar dilanggar burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW JERSEY: Sebuah pesawat kargo Boeing 767 milik FedEx terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, Amerika Syarikat (AS) selepas satu enjinnya terbakar akibat dilanggar burung sebaik berlepas pada Sabtu.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengesahkan pesawat itu berjaya kembali ke lapangan terbang di New Jersey tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Agensi tersebut telah memulakan siasatan bersama Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).

Menteri Pengangkutan, Sean Duffy memuji tindak balas pantas juruterbang.

“Insiden ini menunjukkan kecekapan juruterbang yang berjaya mengendalikan pesawat itu untuk mendarat dengan selamat walaupun enjinnya terbakar,” tulis Duffy di X.

Beliau turut menekankan profesionalisme anak kapal dan kepentingan memiliki profesional penerbangan yang berkemahiran tinggi.

Duffy juga menegaskan bahawa serangan burung adalah risiko yang biasa berlaku dalam penerbangan dengan lebih 19,000 kes dilaporkan pada 2023.

Kira-kira 65 peratus daripadanya berlaku semasa berlepas atau mendarat, manakala empat hingga enam peratus mengakibatkan kerosakan pesawat.

Insiden ini berlaku ketika Jabatan Pengangkutan AS mempermudah proses pengambilan pekerja FAA, mengurangkan lapan langkah kepada lima.

“Kami mahu mereka yang terbaik memasuki akademi dengan segera,” kata Duffy awal minggu ini, sambil mengumumkan kenaikan gaji untuk peserta latihan.

Proses pengambilan yang lebih efisien ini bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja dan meningkatkan kualiti profesional penerbangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN