Anak anjing laut 'sesat' ditemukan atas jalan raya

Anak anjing laut ‘sesat’ ditemukan atas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Anggota polis berjaya menyelamatkan seekor anak anjing laut kelabu yang ditemukan atas jalan raya di bandar New Haven di Connecticut baru-baru ini.

Polis berkata, tidak ada yang tahu bagaimana haiwan itu boleh sampai ke kawasan jalan di bandar tersebut.

Jabatan Polis New Haven memuat naik gambar ke media sosial yang menunjukkan anak anjing laut itu merangkak di jalan dengan sebuah kenderaan peronda berhenti di sebelahnya.

“Kenali ahli terbaharu jabatan kami,” guran jabatan itu dalam hantaran tersebut.

Pihak berkuasa berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui bagaimana anjing laut itu boleh tersesat di kawasan bandar.

Jabatan Tenaga dan Alam Sekitar Connecticut segera dihubungi dan anak anjing laut itu kini berada di bawah jagaan Program Penyelamatan Haiwan Mystic Aquarium.

Pihak akuarium memaklumkan bahawa anak anjing laut itu dianggarkan hanya berusia beberapa minggu dan hasil pemeriksaan mendapati ia dalam keadaan lesu, mengalami dehidrasi serta kurang berat badan.

Kini, haiwan tersebut sedang diberikan diet khas bagi membantunya pulih sebelum dilepaskan semula ke lautan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN