Parti Erdogan tewas pilihan raya tempatan

Parti Erdogan tewas pilihan raya tempatan

EKREM IMAMOGLU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Parti pembangkang utama Turkiye memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya tempatan, Ahad lalu.  

Rekod itu merupakan kekalahan terburuk Presiden, Recep Tayyip Erdogan sekali gus menandakan kemarahan pengundi terhadap krisis ekonomi di negara itu.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Parti Rakyat Republikan (CHP) mendahului dengan 37.7 peratus undian di seluruh negara, mengatasi Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Erdogan yang memperoleh 35.5 peratus undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas kiraan akhir, calon CHP memenangi 35 kerusi majlis perbandaran daripada 81 wilayah Turkiye dan menguasai lima bandar terbesar di negara itu

Lapor agensi berita Anadolu, pilihan raya bagi datuk bandar dan kerusi majlis tempatan itu adalah kemenangan negara pertama bagi CHP selepas lebih dua dekad Erdogan mendominasi kepimpinan Turkiye. 

Kejayaan itu menandakan perubahan mengejutkan bagi CHP kurang setahun selepas calonnya dikalahkan oleh Erdogan dalam perlumbaan merebut jawatan Presiden yang menyebabkan pembangkang Turkiye berpecah. 

“Kami kehilangan momentum di seluruh negara. Kami akan menilai keputusan pilihan raya dengan tulen dan dengan berani melibatkan diri dalam kritikan,” kata Erdogan ketika berucap di Ankara.

Penyandang Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu menewaskan pencabar parti pemerintah dengan lebih sejuta undi, sekali gus melonjakkan status beliau sebagai pencabar paling kuat Erdogan.

Perpecahan dalam pakatan pembangkang selepas kekalahan calon Presidennya, Kemal Kilicdaroglu tidak menjejaskan nasib CHP dengan keputusan di Istanbul menunjukkan penyokong parti pembangkang utama Kurdish turut mengundi Imamoglu.

Erdogan berdepan kritikan termasuk daripada parti Islam yang yang mengecam beliau kerana tidak memutuskan hubungan ekonomi dengan Israel semasa perang di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini