Kajian dapati hidup miskin, di pedalaman lebih bahagia

Kajian dapati hidup miskin, di pedalaman lebih bahagia

PENYELIDIK membuat kesimpulan bahawa masyarakat manusia boleh menyokong kehidupan yang sangat memuaskan tanpa memerlukan banyak kekayaan material.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL: Kajian penyelidik mendapati wang tidak boleh membeli kebahagiaan dan tinggal di pedalaman adalah lebih memuaskan berbanding di bandar dan negara-negara maju.

Lapor UPI News, penyelidik dalam Prosiding Akademi Sains Kebangsaan berpendapat, kajian baharu tentang Orang Asli di seluruh dunia turut menyokong dakwaan itu.

Untuk kajian ini, penyelidik meninjau hampir 3,000 orang daripada komuniti Orang Asli atau primitif di 19 tapak di seluruh dunia.

Penyelidik mendapati orang yang tinggal dalam masyarakat berskala kecil di pinggir dunia menjalani kehidupan yang lebih bahagia dan memuaskan berbanding golongan kaya di negara yang maju dari segi teknologi.

Ketua Penyelidik di Universiti McGill di Montreal, Eric Galbraith, berkata, bagaimanapun, anehnya, ramai penduduk dengan pendapatan kewangan yang sangat rendah melaporkan tahap kepuasan yang sangat tinggi dengan skor yang serupa di negara kaya.

Katanya, ini bertentangan dengan tanggapan bahawa pertumbuhan ekonomi adalah cara yang pasti untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat di negara berpendapatan rendah.

“Tinjauan global mendapati bahawa orang di negara kaya cenderung melaporkan tahap kepuasan hidup yang lebih tinggi daripada mereka di negara yang lebih miskin,” ujarnya.

Bagaimanapun, tinjauan pendapat global ini cenderung mengabaikan orang dalam masyarakat yang melakukan pertukaran wang minimum dalam kehidupan seharian dan di mana mata pencarian bergantung secara langsung kepada alam semula jadi.

Dalam tinjauan pendapat berkenaan, hanya 64 peratus  daripada isi rumah yang dikaji mempunyai wang tunai.

Namun, purata skor kepuasan hidup mereka ialah 6.8 daripada skala 10 mata dan empat mempunyai skor purata lebih tinggi daripada lapan, setanding dengan kebahagiaan yang ditemui di negara Scandinavia yang kaya.

“Begitulah, walaupun kebanyakan masyarakat ini mengalami sejarah peminggiran dan penindasan,” tulis penyelidik.

Berdasarkan keputusan ini, pasukan penyelidik membuat kesimpulan bahawa masyarakat boleh menyokong kehidupan yang sangat memuaskan tanpa memerlukan banyak kekayaan material.

Kata Penyelidik Kanan, Victoria Reyes-Garcia, seorang ahli antropologi dengan Institut Sains dan Teknologi Alam Sekitar Universitat Autònoma de Barcelona di Sepanyol, saling kaitan kuat yang sering diperhatikan antara pendapatan dan kepuasan hidup adalah tidak universal.

Katanya, ini membuktikan bahawa kekayaan seperti yang dihasilkan oleh ekonomi perindustrian pada asasnya tidak diperlukan untuk manusia menjalani kehidupan yang bahagia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN