George Santos dipecat daripada Kongres AS

George Santos dipecat daripada Kongres AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) memecat ahli Kongres, George Santos berikutan laporan etika dan berpuluh-puluh tuduhan jenayah terhadapnya.

Anggota Republikan New York itu merupakan ahli Parlimen keenam dalam sejarah yang disingkirkan daripada dewan rendah Kongres, dan yang pertama sejak 2002.

Santos disingkirkan dalam percubaan ketiga Kongres selepas dua undian sebelumnya gagal.

Penggubal undang-undang menyokong resolusi pemecatan selepas menerima 206 undian daripada ahli Demokrat dan 105 lagi ahli Republikan.

Tepukan gemuruh kedengaran di seluruh dewan selepas langkah itu diterima pakai.

Lebih 11 bulan memegang jawatan, Santos berdepan kontroversi yang tidak berkesudahan dan menerima gesaan meletak jawatan daripada ahli kedua-dua parti.

Masalahnya bermula sejurus selepas memenangi pemilihan pada November 2022, apabila akhbar The New York Times melaporkan beliau berbohong tentang kerjaya di Wall Street, ijazah kolejnya dan mempunyai keturunan Yahudi.

Pada bulan Mei, Santos didakwa dengan 23 jenayah termasuk penipuan wayar, pengubahan wang haram dan pencurian dana awam.

Santos turut dituduh membelanjakan wang kempen untuk rawatan Botox, hutang kad kredit dan percutian tepi pantai di New York.

Undian penyingkiran jarang berlaku di Kongres dan memerlukan sokongan dua pertiga ahli Dewan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya