11 kakitangan PBB termasuk lima guru antara yang mautb dalam serangan Israel di Gaza

11 kakitangan PBB termasuk lima guru antara yang maut dalam serangan Israel di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Serangan Israel di Semenanjung Gaza menyaksikan 11 kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada petang Rabu, antaranya lima guru di sekolah yang dikendalikan oleh PBB dan seorang pakar sakit puan maut, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees).

Sebahagian daripada kakitangan itu terbunuh di rumah bersama keluarga mereka, kata UNRWA.

Pada sebelah pagi, pertubuhan itu telah melaporkan sembilan kematian dalam kalangan kakitangan PBB.

Agensi bantuan itu mengulangi bahawa orang awam mesti dilindungi sebagai prinsip dalam konflik.

“Kami menggesa agar pertempuran ditamatkan untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa orang awam,” kata agensi bantuan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya