Penyampai berita dedah hidap kanser payudara ketika 'live'

Penyampai berita dedah hidap kanser payudara ketika ‘live’

CALYN Thompson mendedahkan menghidap kanser payudara ketika bersiaran langsung. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DES MOINES: Seorang penyampai berita saluran televisyen tempatan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan dirinya menghidap kanser payudara ketika bersiaran secara langsung.

Lapor Daily Mail, Calyn Thompson menangis ketika meluahkan masalah kesihatan dialaminya dalam rancangan Today in Iowa.

Calyn mendedahkan perkara itu beberapa bulan selepas dia membuat program wawancara mengenai mamogram bagi bulan kesedaran penyakit kanser payudara.

“Saya tidak tahu bahawa wawancara itu akan menjadi permulaan perjalanan saya sendiri.

“Saya didiagnosis menghidap kanser payudara dua minggu selepas menyambut hari jadi ke-28,” katanya kepada penonton saluran televisyen WHO 13 News.

Dalam rancangan itu, Calyn menjadi semakin emosi apabila memaklumkan ada harinya dia berasa sangat sedih sehingga tidak mempunyai semangat langsung.

Bagaimanapun, katanya, dia berasa terdorong untuk ‘mendedahkan perkara itu’ dengan harapan dapat membantu orang lain.

“Jika saya dapat membantu walaupun untuk seorang sahaja, ia amat berbaloi,” katanya kepada penontonnya.

Sementara itu, Calyn berkata, dia kini sudah melengkapkan enam rawatan kemoterapi dan akan menjalani pembedahan pada akhir bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya