Mexico hantar pulang mayat mangsa kebakaran pusat tahanan

Mexico hantar pulang mayat mangsa kebakaran pusat tahanan imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Kerajaan Mexico mula menghantar pulang mayat pendatang yang maut dalam kebakaran di pusat tahanan imigresen di bandar Ciudad Juarez pada bulan lalu.

Kementerian Keselamatan Mexico dalam kenyataan menyatakan mayat seorang mangsa tiba di Colombia manakala tujuh mayat warga El Salvador sedang dihantar menerusi jalan darat yang dijangka sampai hari ini.

Jelas kementerian, mayat 11 warga Guatemala akan dihantar melalui pesawat pada minggu depan.

Ahli keluarga enam mangsa warga Honduras pula dalam proses mengenal pasti mayat.

Menurut kementerian, sebuah pasukan khas mengesan cap jari dari Venezuela dijangka tiba pada Selasa depan untuk mengenal pasti mangsa.

Dilaporkan, seramai 40 orang maut dalam kebakaran di pusat tahanan imigresen.

Mangsa terdiri daripada 18 warga Guatemala, tujuh rakyat Salvador, tujuh penduduk Venezuela, enam dari Honduras dan seorang warga Colombia.

Mangsa ke-40 yang kerakyatannya tidak dapat dipastikan, meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.

Tambah kementerian, lima orang cedera parah dan sembilan lagi dipindahkan ke sebuah hospital khas di bandar Mexico disebabkan keadaan mereka yang teruk.

Tiga pegawai imigresen dan seorang pengawal keselamatan dari sebuah syarikat swasta ditahan sebagai sebahagian siasatan terhadap kes kebakaran itu.

Pihak berkuasa mendakwa individu bekerja di kemudahan gagal bertindak segera untuk membantu memindahkan kumpulan pendatang asing ketika kebakaran.

Bulan lalu, Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador berjanji pihak yang bertanggungjawab akan dihukum mengikut undang-undang. – AFP     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN