PM New Zealand, Jacinda Ardern letak jawatan bulan depan - Utusan Malaysia

PM New Zealand, Jacinda Ardern letak jawatan bulan depan

JACINDA ARDERN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Jacinda Ardern mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri New Zealand pada bulan depan.

Memetik laporan BBC, Ardern berkata, beliau ‘tidak lagi bertenaga’ untuk memimpin negara dan meneruskan tugas yang diamanahkan dengan sempurna.

Ardern, 42, dengan nada penuh emosi memperincikan cabaran enam tahun yang dilaluinya sepanjang memegang jawatan nombor satu negara itu.

Beliau akan meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Buruh selewat-lewatnya pada 7 Februari ini.

Satu undian akan diadakan dalam tempoh beberapa hari lagi bagi menentukan pengganti Ardern.

Dilaporkan, New Zealand akan mengadakan pilihan raya umum pada 14 Oktober tahun ini.

Dalam pada itu, Ardern berkata, beliau akan mengambil masa untuk memikirkan mengenai masa depannya semasa cuti musim panas. 

“Saya pernah terfikir akan menemui apa perlu dilakukan untuk jawatan ini sepanjang tempoh itu namun, malangnya, saya tidak.

“Saya sedar tidak mempunyai apa yang diperlukan untuk meneruskan tugas dengan sempurna,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Ardern berkata, kerajaan dibawah pimpinannya berjaya melakukan beberapa pencapaian membanggakan antaranya berkaitan perubahan iklim, perumahan sosial dan mengurangkan kemiskinan kanak-kanak.

Ardern menjadi ketua negara wanita termuda di dunia apabila dilantik sebagai perdana menteri pada 2017 ketika berusia 37 tahun.

Beliau memimpin New Zealand mengharungi pandemik Covid-19 selain beberapa tragedi termasuk serangan pengganas terhadap dua masjid di Christchurch dan letusan gunung berapi White Island.  

Berdasarkan tinjauan pendapat, Ardern mengetuai Parti Buruh yang meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada 2020.

Namun, populariti Ardern dikatakan semakin merosot sehingga ke paras terendah sejak beberapa bulan kebelakangan ini.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya