Polis San Francisco dibenar guna robot ‘pembunuh’

Polis San Francisco dibenar guna robot ‘pembunuh’

ROBOT yang dilengkapi senjata api dan bahan letupan dibenarkan untuk digunaka oleh polis di San Fransisco.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Pegawai Lembaga Penyelia San Francisco mengundi untuk membenarkan polis bandar itu menggunakan robot kawalan jauh yang mampu membunuh dalam situasi kecemasan.

Langkah berkenaan diluluskan dengan pindaan kelmarin selepas undian menyokong walaupun terdapat bantahan keras daripada kumpulan hak kebebasan awam dan kumpulan pengawasan polis lain di pantai barat AS itu.

Menerusi langkah itu, pasukan polis akan diberi kuasa mengerahkan robot yang dilengkapi dengan bahan letupan dan senjata api selepas menggunakan taktik pertahanan alternatif.

Robot berkenaan akan berfungsi untuk melanggar struktur berkubu yang melindungi suspek ganas, bersenjata atau berbahaya.

Jurucakap Jabatan Polis San Francisco (SFPD), Allison Maxie memberitahu portal berita BBC, ketika ini jabatan itu belum mengendalikan mana-mana robot yang dilengkapi dengan senjata namun tidak menafikan senario itu diperlukan pada masa hadapan.

Hanya sebilangan terhad pegawai berpangkat tinggi akan diberi kuasa untuk membenarkan penggunaan robot bersenjata itu sebagai pilihan terakhir untuk menundukkan musuh.

“Robot yang dilengkapi dengan cara ini hanya akan digunakan dalam keadaan yang ekstrem atau terdesak untuk menyelamatkan atau mencegah kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah.

“Cadangan itu telah dipinda sebelum diluluskan untuk menjelaskan bahawa pegawai hanya dibenarkan menggunakan robot selepas mereka kehabisan kekuatan alternatif atau taktik pertahanan atau membuat kesimpulan bahawa mereka tidak akan dapat menundukkan suspek melalui cara alternatif tersebut,” jelasnya.

Polis San Francisco kini mempunyai lebih 12 robot darat yang berfungsi untuk menilai bom atau melihat dalam situasi penglihatan yang rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya