Korea Utara sokong Russia, Ukraine putuskan hubungan diplomatik - Utusan Malaysia

Korea Utara sokong Russia, Ukraine putuskan hubungan diplomatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Ukraine memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara selepas negara itu mengiktiraf kemerdekaan wilayah Donetsk dan Luhansk.

“Ukraine hari ini memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara sebagai tindak balas kepada keputusannya mengiktiraf ‘kemerdekaan’ wilayah yang diduduki sementara Russia di wilayah Donetsk dan Luhansk di Ukraine,” lapor agensi berita, Anadolu memetik kenyataan jurucakap Kementerian Luar Ukraine, Oleg Nikolenko di Twitter.

Donetsk dan Luhansk – adalah sebahagian daripada wilayah Donbas di timur Ukraine, yang menjadi lokasi puak pemberontak yang disokong Rusia sejak 2014, apabila Russia mengilhakan Semenanjung Crimea, Ukraine.

Presiden Russia Vladimir Putin, mengiktiraf kemerdekaan Donetsk dan Luhansk sejurus sebelum bermulanya operasi ketenteraan Moscow di Ukraine pada 24 Februari lalu.

antarabangsa sebagai sebahagian wilayah Ukraine, dan angkatan tentera negara itu terus memperjuangkannya.

Hampir 4,900 orang awam terbunuh di Ukraine sejak krisis bermula, menurut angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu, lebih 15 juta rakyat Ukraine terpaksa meninggalkan kediaman, dan lebih 8.4 juta penduduknya telah melarikan diri ke negara lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.