Tiga maut ditembak rakan sekerja di kilang Maryland

Tiga maut ditembak rakan sekerja di kilang Maryland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah rakan sekerjanya di sebuah kilang di utara Maryland sehingga menyebabkan tiga pekerja maut. 

Serangan di kilang Columbia Machine di Smithsburg, berhampiran Pennsylvania turut menyebabkan seorang mangsa lain kritikal. 

Pegawai polis di Washington, Douglas Mullendore berkata, pengganas berusia 23 tahun yang belum didedahkan identitinya oleh pihak polis turut tercedera selepas berbalas tembakan ketika cuba melarikan diri dengan sebuah kereta. 

Kedua-dua suspek dan anggota tentera yang berbalas tembakan dengan lelaki itu dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan motif serangan tersebut.  

Katanya, penembak menggunakan pistol separa automatik semasa melancarkan serangan. 

Sementara itu, Jurucakap kilang berkata, pihak syarikat bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan tersebut. 

Syarikat tersebut membekalkan peralatan pembuatan konkrit kepada pelanggan di lebih 100 negara.-REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN