Sampai bila kes tembak di AS nak selesai?

Sampai bila kes tembak di AS nak selesai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON:  Amerika Syarikat (AS) yang sepatutnya menjadi negara paling selamat kini sudah bergelar sebagai antara negara paling bahaya di dunia. 

Ini adalah asbab menyanjung tinggi hak asasi manusia sehingga membenarkan pemilikan senjata api dalam kalangan orang awam. 

Tempat awam sudah tidak lagi selamat dikunjungi kerana enam insiden dalam tempoh dua bulan (Mei-Jun) berlaku di pasar raya di Buffalo, gereja di Los Angeles, sekolah di Texas, hospital di Oklahoma, gereja di Iowa dan kawasan tumpuan di Philadelphia. 

Enam insiden itu sahaja sudah merekodkan sebanyak 42 kes kematian. 

Presiden AS, Joe Biden pula dilihat sukar mengemukakan usul pemilikan senjata api ke dalam Kongres.  

Justeru, timbul persoalan adakah insiden tembakan rambang dan besar-besaran tidak boleh dihentikan oleh AS yang menggelarkan diri sebagai ‘negara polis dunia’? 

Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berpandangan setiap rakyat AS boleh melancarkan protes di negeri yang masih membenarkan pemilikan senjata bagi mendesak gabenor negeri masing-masing. 

Jelas beliau, tekanan daripada penduduk setempat akan menjadi penanda aras sama ada seseorang gabenor akan bertindak membawa usul ke Kongres atau sekadar dipinggirkan semata-mata. 

“AS berbeza dengan kita (Malaysia) kerana bermula dengan undang-undang di peringkat negeri dahulu. Sebab ada negeri yang sudah ubah dan masih kekal dengan undang-undang pemilikan senjata api. 

“Contohnya, kalau Gabenor Texas teruk dikecam, jadi dia akan pinda undang-undang dahulu,” katanya kepada Utusan Malaysia.  

HALANGAN KONGRES

Mengulas lanjut, Salawati yang merupakan Pakar Rujuk Undang-Undang Dunia di Asia berkata, Biden sukar mendapat sokongan majoriti dalam Kongres kerana bekas Presiden AS, Donald Trump sudah menanam dalam kepala setiap rakyat AS kononnya membawa senjata adalah demi keselamatan. 

Jelasnya, ini dapat dilihat apabila beberapa negeri masih kekal membenarkan rakyat membawa senjata api sedangkan sudah terbukti ia membawa lebih banyak keburukan. 

“Insiden tembakan sudah jadi seperti wabak, lepas hospital, gereja, sekolah di mana lagi pula tempat akan menjadi sasaran?” soalnya. 

Ditanya kenapa ahli-ahli politik dalam Parti Republikan sepakat menolak gesaan kawalan penggunaan senjata api, kata Salawati, ia lebih kepada soal fahaman dan hak individu.

Jelasnya, mereka lebih menyanjung tinggi hak perseorangan untuk membawa senjata sehingga mencadangkan guru dibekalkan dengan senjata dan meningkatkan kehadiran polis di sekolah yang tidak menjawab persoalan utama permasalahan tersebut.  

“Fahaman mereka kita jangan halang hak individu nak bawa senjata, sebab tak semua orang akan melepaskan tembakan rambang. 

“Tetapi bekalkan guru dengan senjata supaya dapat tembak balik penyerang. Ini jelas menunjukkan mereka lebih mempertahankan hak individu daripada hak masyarakat yang bakal dibunuh,” ujarnya.  

SEJARAH KES TEMBAKAN 

Terdapat sekurang-sekurangnya lima pangkalan data aktif yang menjejaki tembakan besar-besaran di seluruh AS dengan bilangan kematian, lokasi dan motif serangan. 

Data penjejak The Mother Jones dan The Violence Project mempunyai takrifan paling ketat tentang tembakan besar-besaran yang berlaku di tempat awam dan lokasi sasaran penembak. 

Data itu merekodkan terdapat 818 kejadian tembakan besar-besaran di seluruh AS sepanjang 2021. 

Setakat 30 Mei lalu, bilangan tembakan besar-besar di seluruh negara bagi tahun ini adalah seperti berikut: 

Mother Jones: Tiga tembakan, 35 maut dan 20 cedera

The Violence Project: Satu tembakan, 10 maut dan tiga cedera

Everytown for Gun Safety: Tujuh tembakan, 43 maut dan 37 cedera 

Gun Violence Archive: 230 tembakan, 256 maut dan 996 cedera

Mass Shooting Tracker: 268 tembakan, 314 maut dan 1097 cedera

Di peringkat Persekutuan, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak merekodkan kejadian tembakan besar-besaran secara spesifik, melainkan kejadian melibatkan empat atau lebih mangsa dibunuh dalam sesebuah insiden. 

Sementara itu, analisis data oleh Rand Corporation mendapati definisi yang tidak konsisten dalam mentakrifkan tembakan besar-besar oleh agensi kerajaan membawa kepada penilaian berbeza tentang kekerapan tembakan besar-besaran sama ada berlaku lebih biasa berbanding sedekad lalu. 

Laporan terkini FBI yang dikeluarkan 23 mei lalu, mendapati terdapat 61 insiden penembak aktif di AS, 2021, iaitu berlaku peningkatan 52 peratus daripada 2020. 

Serangan tahun lalu merebak di 30 negeri, sehingga menyebabkan 103 terbunuh dan 140 cedera. 

FBI merekodkan 20 kejadian sedemikian setiap tahun sejak 2014 hingga 2016, 31 kes (2017), 30 kes (2018 dan 2019). 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya