Ee Wei alami koyakan ACL di lutut kiri

Ee Wei alami koyakan ACL di lutut kiri

TOH Ee Wei (tengah) menahan kesakitan akibat mengalami kecederaan lututnya ketika beraksi perlawanan suku akhir Terbuka Singapura di Kallang. - TANGKAP LAYAR BWF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei mengalami kecederaan lutut ketika beraksi pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Kallang, Singapura, minggu lalu.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan badan induk sukan badminton negara itu, hari ini, berkata, hasil pemeriksaan imbasan resonans magnetik (MRI) mendapati Ee Wei mengalami koyakan separa pada Anterior Cruciate Ligament (ACL) di lutut kiri pemain itu.

“Ekoran kecederaan tersebut, Ee Wei yang merupakan juara dunia berpasangan dengan Chen Tang Jie, terpaksa menarik diri daripada Terbuka Indonesia yang bermula, esok,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, Ee Wei dijadual menjalani pemeriksaan MRI susulan pada Jumaat ini sebelum pasukan perubatan BAM menentukan kaedah rawatan serta program pemulihan yang akan dilaluinya.

Isu kecederaan terbaru itu diharap tidak menjejaskan peluang Tang Jie-Ee Wei mempertahankan gelaran pada Kejohanan Dunia di India 17-23 Ogos ini.

Kaedah rawatan serta proses pemulihan dan tempoh berehat yang diperlukan Ee Wei bakal menjadi penentu peluang beregu campuran No. 4 dunia itu dapat beraksi pada kejohanan dunia ataupun sebaliknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN