Tuntutan kerusi bagi PRU-16 perlu dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH

Tuntutan kerusi bagi PRU-16 perlu dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH

Saifuddin Nasution Ismail (kanan) ketika melawat sebuah kelas sebelum menyempurnakan Majlis Dokumentasi Inisiatif Mekar Didik dan Kaunter Lorong di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Chow Kit di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebarang hasrat parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) untuk menuntut kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) perlu dibawa ke platform rasmi gabungan itu menerusi Mesyuarat Majlis Presiden PH bagi memastikan proses rundingan berjalan secara tertib dan harmoni.

Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara tersebut tidak sewajarnya dibincangkan secara terbuka dalam surat khabar atau media.

“Dalam PH ini, kalau berhajat pada satu kerusi kita tak sebut dalam surat khabar. Kita akan bawa dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, kita akan bawa dekat sekretariat. Kita ada Jawatankuasa Perundingan Kerusi. Itu tertib atau proses dia.

“Bila sampai masanya nanti, kita akan mulakan proses perundingan mengenai pembahagian kerusi. Itu tak jadi isu sangat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Dokumentasi Inisiatif Mekar Didik dan Program Kaunter Lorong, hari ini.

Saifuddin berkata, PH mempunyai mekanisme dalaman yang jelas bagi menguruskan rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Setiap cadangan atau hasrat untuk bertanding di sesuatu kerusi perlu dibincangkan secara rasmi bagi mengelakkan kekeliruan serta memastikan keputusan dibuat secara kolektif,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan berhasrat untuk memperluas penguasaan kerusi Parlimen pada PRU-16 akan datang termasuk menyasarkan Putrajaya sebagai antara kawasan utama.

Pengerusinya, Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata, pihaknya turut ‘mengintai’ dua lagi kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan iaitu Labuan dan Titiwangsa. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN