Selepas kebas RM742 juta duit kerajaan, Ashraf masih di Afghanistan

Selepas kebas RM742 juta duit kerajaan, Ashraf Ghani masih di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani dilaporkan tidak sempat melarikan diri dari Kabul kerana berjaya diberkas Taliban bersama berjuta-juta dolar wang tunai yang dicurinya.

Laporan Badan Pemerhati Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mendedahkan pejabat itu masih menunggu jawapan kepada soalan yang dihantar kepada Ashraf.

Pendedahan yang dibuat oleh Politico memberitahu pihaknya menemubual saksi termasuk pegawai kanan yang berada dalam konvoi helikopter bersama Ashraf semasa mereka melarikan diri dari Istana Presiden, 15 Ogos tahun lalu.

Dalam masa beberapa hari, beberapa laporan membongkarkan Ashraf bersama pegawai lain mencuri AS$169 juta (RM742 juta) duit kerajaan Afghanistan.

Ashraf bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

“Laporan Ketua Inspektor untuk Pembinaan Semula Afghanistan (SIGAR) mendapati walaupun beberapa wang tunai diambil di istana itu dan disumbat dalam helikopter, bukti menunjukkan angka itu tidak mencecah AS$1 juta (RM4.3 juta) dan berkemungkinan menghampiri nilai AS$500,000 (RM2.2 juta),” katanya.

Maklumat tersebut hasil penilaian terperinci menerusi temubual bersama pegawai dan saksi terlibat.

“Kesemua mereka berkata tidak melihat sebarang tanda wang tunai yang begitu besar berada dalam helikopter kerana sudah terlebih muatan dengan individu yang melarikan diri.

“Sebaliknya, seorang peghawai dikatakan membawa lari kira-kira AS$200,000, seorang lagi membawa AS$240,000 dan yang lain membawa AS$5,000 hingga AS$10,000 dalam poket mereka.

“Tiada sesiapa yang mempunyai berjuta-juta. Jika perkara itu benar, jumlah wang tunai keseluruhan adalah AS$500,000 dengan AS$400,000 daripadanya adalah milik kerajaan Afghanistan,” katanya.

Tahun lalu, Ashraf tampil membuat kenyataan dan menjelaskan beliau tidak berniat ‘meninggalkan rakyatnya’.

Ashraf mengambil peluang membuat permohonan maaf kepada rakyat Afghanistan selepas Taliban menawan Kabul, hari sama beliau didakwa meninggalkan negaranya.

Kenyataan yang disiarkan dalam Twitter menjelaskan, Ashraf terpaksa mengambil tindakan tersebut pada 15 Ogos bagi memastikan keselamatan di kawasan istana serta mengelakkan risiko pertumpahan darah sekiranya berlaku pertempuran.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya