Bednarek juarai 200m Liga Berlian Rabat

Bednarek juarai 200m Liga Berlian Rabat

Kenny Bednarek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Jaguh pecut Amerika Syarikat (AS), Kenny Bednarek menewaskan juara Olimpik, Letsile Tebogo untuk menjuarai Liga Berlian Rabat, semalam.

Pemenang dua pingat perak Olimpik itu mencatat masa 19.69 saat (s), meninggalkan Tebogo di tempat kedua dengan perbezaan 0.27s.

“Saya tidak menjangka mampu berlari sepantas ini, tetapi saya tahu saya mempunyai kemampuan untuk mencatat masa bawah 20s,” kata Bednarek.

Dalam acara 100m wanita, Tina Clayton mengetuai penguasaan Jamaica apabila menamatkan perlumbaan dalam 10.85s.

Rakan senegaranya, Lavanya Williams muncul naib juara, manakala Jonielle Smith melengkapkan kedudukan tiga terbaik.

“Saya gembira dengan keputusan ini, terutama kerana berjaya mencatat rekod terbaik musim ini, namun masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki,” kata Tina.

Sementara itu, juara Olimpik dan pemegang rekod dunia lompat tinggi wanita dari Ukraine, Yaroslava Mahuchikh menang selepas melepasi ketinggian 1.97m.

Sementara itu, dalam acara 100m lari berpagar wanita, pemegang rekod dunia dari Nigeria, Tobi Amusan kembali ke landasan kemenangan menerusi catatan 12.28s.

Sorakan penonton tuan rumah memuncak apabila juara Olimpik dua kali Maghribi, Soufiane El Bakkali memenangi acara 3,000m berhalangan dengan masa tujuh minit 57.25s.

AS turut mendominasi beberapa acara padang dan balapan lain apabila Cambrea Sturgis menjuarai 200m wanita di depan Kayla White.

Dalam acara lontar peluru lelaki, Joe Kovacs muncul juara dengan lontaran 22.58m, mengatasi juara Olimpik tiga kali, Ryan Crouser.

Bagi acara lempar cakera wanita, Valarie Allman meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam Liga Berlian selepas melakukan lontaran sejauh 68.75m pada percubaan terakhir.

Acara 400m lelaki dimenangi Jacory Patterson dengan catatan 44.11s, manakala juara Olimpik, Quincy Hall menamatkan perlumbaan di kedudukan terakhir.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN