Iran akan hadapi serangan AS

Iran akan hadapi serangan AS – Araghchi

ABBAS ARAGHCHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Diplomat tertinggi Iran pada Ahad menegaskan bahawa tiada penyelesaian ketenteraan terhadap perang Amerika Syarikat (AS) ke atas Republik Islam itu, ketika rundingan untuk menamatkan konflik berkenaan dilihat menemui jalan buntu.

Kempen pengeboman besar-besaran gagal menamatkan perang yang dilancarkan AS dan Israel pada akhir Februari secara muktamad, manakala Washington sejak beberapa minggu kebelakangan ini mengurangkan operasi ketenteraan dan memberi tumpuan kepada tekanan ekonomi.

Isu utama yang masih menjadi pertikaian ialah usaha Iran menyekat Selat Hormuz, laluan penting bagi pengangkutan minyak dan gas Teluk, selepas sebuah agensi maritim Britain pada Ahad melaporkan sebuah lagi kapal tangki terkena projektil yang tidak diketahui.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika musuh kita sekali lagi memilih jalan konfrontasi ketenteraan, tindak balas kita akan lebih kuat berbanding sebelum ini, dan kita akan mempertahankan diri dengan lebih tegas,” kata Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi ketika berucap pada perhimpunan duta-duta asing.

“Tiada penyelesaian ketenteraan, begitu juga tiada penyelesaian berasaskan sekatan baharu,” katanya, sambil menambah bahawa hanya rundingan berasaskan keadilan dan kesaksamaan mampu menamatkan konflik itu.

Kedua-dua pihak mencapai memorandum persefahaman pada Jun yang menggariskan rangka kerja bagi penyelesaian kekal. Namun, serangan Iran terhadap kapal-kapal di Hormuz mendorong AS menyambung semula operasi ketenteraan.

Iran berusaha menguatkuasakan kawalannya ke atas laluan perkapalan penting itu sejak perang bermula, dengan menyerang kapal yang cuba melaluinya tanpa kebenaran.

Amerika pula mengenakan sekatan balas terhadap pelabuhan Iran dan turut menyerang kapal yang didakwa melanggar sekatan berkenaan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN