Putin terima jemputan persidangan G20 di Indonesia

Putin terima jemputan sidang kemuncak G20 di Indonesia

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin dilaporkan sudah menerima jemputan menghadiri sidang kemuncak G20 di Indonesia, November depan.

Menurut penasihat dasar luar negara itu, Yury Ushakov, keputusan mengenai format sama ada kehadiran secara peribadi atau maya belum diputuskan lagi.

Difahamkan, format penyertaan akan dibincangkan ketika pertemuan Putin dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), yang akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia pada 30 Jun ini.

“Ya, kami mengesahkan penyertaan (Putin). Mereka sudah menjemput (Presiden) ke mesyuarat secara bersemuka, tetapi masih banyak masa. Saya berharap pandemik kali ini membolehkan forum penting itu diadakan secara bersemuka.

“Kami berterima kasih kepada Indonesia atas jemputan itu dan menyampaikan hasrat berminat untuk mengambil bahagian. Masih banyak masa. Kita tunggu dan lihat,” katanya semasa taklimat media di Moscow.

Beliau berkata, Indonesia menghantar jemputan rasmi walaupun mendapat tekanan hebat dari negara-negara Barat.

Sejumlah negara, terutamanya Barat sebelum ini mendesak supaya Jakarta tidak menjemput Moscow menyertai persidangan itu.

Jokowi akan mengadakan pertemuan dengan barisan pemimpin Ukraine serta Russia bagi membincangkan isu berkaitan ekonomi dan hak asasi manusia berhubung operasi ketenteraan khas yang berlaku.

Jakarta seperti kebanyakan negara lain cuba mengekalkan kedudukan neutral dalam peperangan yang berlaku dan menggesa supaya kedua-dua negara berdamai segera.

Jokowi juga enggan menghantar senjata kepada Ukraine, sebaliknya menawarkan bantuan kemanusiaan.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya