Dewan Rakyat terima notis peletakan jawatan Rafizi, Nik Nazmi

Dewan Rakyat terima notis peletakan jawatan Rafizi, Nik Nazmi

Mohd. Rafizi Ramli (kanan) dan Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa tidak terikat dengan bon RM10 juta yang dikaitkan dengan PKR susulan keputusan mereka meninggalkan parti itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan telah menerima notis peletakan jawatan Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai ahli Parlimen.

Beliau berkata, surat peletakan jawatan kedua-dua bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diterima Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat (YPDR) dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Notis peletakan jawatan daripada Rafizi Ramli dan Nik Nazmi telah diterima. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke masa. Terima kasih semua,” katanya kepada pemberita.

Ahad lalu, Mohd. Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi dan Nik Nazmi, bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa bagi meneroka hala tuju politik baharu.

Mereka memaklumkan akan kembali bertanding di kerusi sama pada pilihan raya umum (PRU) akan datang di bawah Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang telah diambil alih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN