Jokowi bakal jumpa Zelensky, Putin

Jokowi bakal jumpa Zelensky, Putin

PRESIDEN Joko Widodo berjabat tangan dengan Presiden Russia ketika Persidangan ASEAN-Russia di Singapura pada 2018. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) akan mengadakan pertemuan dengan barisan pemimpin Ukraine serta Russia pada bulan ini bagi membincangkan isu berkaitan ekonomi dan hak asasi manusia berhubung peperangan yang berlaku.

Indonesia bakal menjadi tuan rumah kepada Persidangan G20 di Bali pada November ini dan ‘sempat dikritik’ pelbagai pihak selepas menjemput Russia untuk menyertai forum berkenaan.

Sejumlah negara, terutamanya Barat sebelum ini mendesak supaya Jakarta tidak menjemput Moscow menyertai persidangan itu susulan peperangan yang berlaku di Ukraine.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi memaklumkan, Jokowi akan mengunjungi Kyiv dan Moscow selepas mewakili Indonesia sebagai negara jemputan di Persidangan G7 di Jerman pada 26 dan 27 Jun ini.

Kunjungan itu melibatkan negara Asia pertama sejak peperangan meletus pada 24 Februari lalu.

“Semasa melawat Kyiv dab Moscow, presiden akan berjumpa dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan Presiden Russia, Vladimir Putin,” kata Retno.

Retno tidak mendedahkan tarikh pertemuan itu, namun Menteri Keselamatan Indonesia, Mahfud MD memaklumkan Jokowi akan bertemu dengan Putin pada 30 Jun ini.

Retno turut menjelaskan Jokowi akan berbincang mengenai krisis makanan global yang didakwa dicetuskan oleh peperangan di Ukraine sehingga Indonesia turut terkesan.

Jakarta seperti kebanyakan negara lain cuba mengekalkan kedudukan neutral dalam peperangan yang berlaku dan menggesa supaya kedua-dua negara berdamai segera.

Jokowi juga enggan menghantar senjata kepada Ukraine, sebaliknya menawarkan bantuan kemanusiaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.