Quad lancar pelan pemantauan maritim berdepan ancaman China

Quad lancar pelan pemantauan maritim berdepan ancaman China

ANGGOTA pengawal pantai Filipina memantau kapal China di perairan Sabina, Laut China Selatan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pemimpin Quad melancarkan Pelan Pemantauan Maritim yang dikatakan merupakan langkah paling signifikan untuk menentang tindakan pencerobohan China di Laut China Selatan.

Quad merupakan gabungan tidak rasmi melibatkan Jepun, Amerika Syarikat, India dan Australia. 

Perkongsian Indo-Pasifik untuk Kesedaran Maritim (IPMDA) akan membantu Kepulauan Pasifik dan negara-negara di Asia Tenggara dan Lautan Hindi menjejaki penangkapan ikan secara haram dan aktiviti haram lain di perairan mereka. 

Walaupun Quad tidak menyebut nama China secara spesifik, insiatif itu bertujuan menangani aduan dari negara-negara di rantau ini mengenai penangkapan ikan tanpa kebenaran oleh bot China di zon ekonomi eksklusif serta pencerobohan oleh kapal maritim China di perairan yang dipertikaikan. 

Quad tidak memberikan butiran mengenai inisiatif itu, namun seorang pegawai AS memberitahu akhbar Financial Times Britain kumpulan itu merancang untuk membiayai perkhidmatan penjejakan satelit komersial untuk menyediakan risikan maritim kepada negara-negara Indo-Pasifik secara percuma. 

Quad akan memantau frekuensi radio dan isyarat radar serta membantu negara menjejaki bot haram walaupun mereka cuba mengelak dikesan dengan mematikan Sistem Maklumat Automatik (AIS). 

Perisikan itu kemudian akan dikongsi merentasi rangkaian pusat pengawasan serantau sedia ada yang berpangkalan di India, Singapura, Vanuatu dan Kepulauan Solomon. 

Kapal China dituduh menangkap ikan tanpa lesen sebanyak 237 kali antara 2015 hingga 2019. 

Beberapa bot China juga ditahan kerana menangkap ikan secara haram di Vanuatu, Palau, Malaysia dan Korea Selatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya