Kapal perisik China intip pangkalan rahsia di perairan Australia

Kapal perisik China intip pangkalan rahsia di perairan Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTH: Sebuah kapal pengintip China berteknologi tinggi dikesan berada di luar pantai Australia Barat, berhampiran pangkalan komunikasi tentera laut rahsia yang menempatkan kapal selam Amerika Syarikat serta kapal selam lain.

Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton mendedahkan kapal perisikan am tambahan (AGI) dipantau rapi ketika berlayar melepasi stesen Tentera laut Harold E Holt di Exmouth.

Dutton berkata, Australia berjaya menjejaki kapal Haiwangxing itu, tetapi tidak meletakkan tarikh tepat pengawasan tersebut.

“Niatnya sudah tentu untuk mengumpul risikan di sepanjang pantai.

“Kapal itu berada berdekatan dengan pemasangan dan perisikan tentera di pantai barat Australia,” katanya.

Dutton menyifatkan situasi tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau melahirkan kebimbangan mengenai pergerakan kapal itu ke arah selatan dan berada di kawasan pantai ketika menuju ke utara di Darwin.

Jelasnya, situasi tersebut ‘sangat pelik’ dan kapal tersebut berkemungkinan telah mengumpul banyak maklumat risikan.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya