Miliki ketinggian 104cm, Zeus anjing tertingi di dunia

Miliki ketinggian 104cm, Zeus anjing tertingi di dunia

BRITTANY Davis bersama anjing peliharaannya, Zeus. - GUINNESS WORLD RECORDS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Seekor anjing baka Great Danes yang mempunyai ketinggian sekitar 104.59 sentimeter (cm) dinamakan sebagai anjing jantan paling tinggi di dunia.

Anjing bernama Zeus itu menerima pengiktirafan tersebut dari Rekod Dunia Guinness.

Memetik laporan Daily Mail, pemiliknya, Brittany Davis dari Bedford, Texas berkata, Zeus semakin membesar sejak anjing itu diberikan oleh rakan abangnya pada usia lapan minggu.

Sebuah video di laman YouTube menunjukkan Zeus diberi gelaran Rekod Dunia Guinness sebagai anjing jantan hidup paling tinggi di dunia.

Menurut Davis, anjing peliharaannya yang berusia dua tahun itu menjadi terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana saiz badannya yang menarik perhatian ramai sehingga peniaga di Farmer’s Market di Dallas memberi Zeus banyak makanan tambahan.

Davis juga memiliki tiga anjing baka miniature Australian Shepherd dan seekor kucing bernama Penelope.

Davis mengakui kos perbelanjaan makanan bagi Zeus adalah sangat mahal.

Katanya, Zeus makan 12 cawan makanan anjing baka besar ‘Gentle Giants’ pada waktu pagi dan enam lagi cawan pada sebelah petang.

Tambah Davis, kadang kala Zeus diberi makan telur goreng atau makanan kegemarannya, kiub ais. 

Davis mengakui memiliki Zeus seperti mempunyai ‘individu lain’ tinggal di rumahnya.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya