AS berjaya uji senjata hipersonik - Utusan Malaysia

AS berjaya uji senjata hipersonik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) memaklumkan negaranya berjaya menjalankan ujian senjata hipersonik, baru-baru ini.

Senjata hipersonik itu dilaporkan bergerak lima kali ganda lebih pantas berbanding kelajuan bunyi.

Lapor Al Jazeera, Tentera Udara AS menerusi kenyataan menyatakan ujian itu telah dijalankan di luar pantai California Selatan pada Sabtu lalu.

Jelasnya, dalam ujian tersebut, sebuah pesawat pengebom B-52 melepaskan senjata tindak balas pantas yang dilancarkan melalui udara (ARRW).

“Selepas berpisah daripada pesawat, ARRW bergerak pada tempoh dijangkakan dan mencapai kelajuan hipersonik lebih lima kali ganda berbanding kelajuan bunyi,” jelasnya.

Sebelum ini, AS memaklumkan negaranya berjaya menguji peluru berpandu hipersonik pada pertengahan Mac lalu.

Malah, AUKUS yang terdiri daripada Australia, United Kingdom (UK) dan AS turut mengumumkan rancangan untuk bekerjasama dalam membangunkan senjata berkelajuan tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya