Saya paling layak majukan Twitter - Elon Musk

Saya paling layak majukan Twitter – Elon Musk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk menawarkan diri untuk membeli pegangan saham dalam platform media sosial Twitter

Lapor BBC, pengasas SpaceX itu menjelaskan dirinya adalah individu yang layak untuk ‘membuka potensi luar biasa’ platform tersebut. 

Dalam pengumuman mengejutkan itu, hartawan paling kaya di dunia itu berkata, beliau akan membeli Twitter pada harga AS$43 bilion (RM182 bilion) secara tunai.

Musk yang sebelum ini memegang sebanyak 9.2 peratus pegangan saham dalam Twitter membuat tawaran untuk membeli keseluruhan platform media sosial itu dengan nilai AS$54.20 (RM229) bagi setiap saham.

Baru-baru ini, muncul spekulasi Musk bakal menjadi pemegang saham terbesar Twitter sekiranya beliau mempunyai kepentingan besar dalam firma itu. 

Menurut Musk, sekiranya tawarannya tidak diterima, beliau akan mempertimbangkan semula kedudukan sebagai pemegang saham. 

“Jika lembaga pengarah di Twitter memilih untuk menolak tawaran itu, saya tidak akan meletakkan tawaran dalam undian pemegang saham.

“Mereka memiliki syarikat itu dan bukan lembaga pengarah,” katanya. 

Harga saham Twitter meningkat sebanyak 5.3 peratus dari AS$48.32 (RM204) semasa dagangan awal sebelum jatuh pada paras AS$46.20 (RM195).  

Menurut Musk, sekiranya tawarannya diterima, beliau akan membuka algoritma Twitter supaya keputusan yang dibuatnya dapat dilihat oleh semua orang. 

 “Sejak membuat pelaburan, saya kini menyedari syarikat itu tidak akan berkembang maju dan memenuhi keperluan masyarakat dalam bentuk semasanya.  

“Twitter perlu diubah sebagai syarikat swasta,” katanya. 

Sementara itu, menurut Twitter, lembaga pengarahnya akan menyemak dengan teliti cadangan untuk menentukan tindakan yang diyakini demi kepentingan terbaik syarikat dan semua pemegang saham. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya