Biden melawat bandar berdekatan sempadan Poland-Ukraine - Utusan Malaysia

Biden melawat bandar berdekatan sempadan Poland-Ukraine

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengadakan lawatan ke sebuah bandar berhampiran sempadan Poland dan Ukraine hari ini.

Lawatan itu sekali gus menandakan isyarat Barat untuk mencapai persetujuan tentang pencerobohan Rusia yang sudah menjadi peperangan sengit antara pasukan tentera kedua-dua negara tersebut.

Pesawat Air Force One akan mendarat di bandar timur Poland, Rzeszow dan membawa presiden AS sekitar 80 kilometer dari negara yang terjejas teruk akibat perang dan bergelut melawan pencerobohan Rusia.

Lawatan itu bertujuan menarik perhatian Washington untuk mempertahankan sekutu NATO.

Peperangan yang berlanjutan lebih sebulan di Ukraine akan mencetuskan ‘Perang Dunia ke-3’ seperti yang disifatkan oleh Biden.

Kengganan Kremlin menggunakan senjata nuklear dan maklumat palsu tentang senjata kimia dan biologi di Ukraine, membuatkan Kyiv dan sekutunya bimbang akan terjadi sebuah krisis yang lebih serius.

Rusia didakwa menggunakan bom fosferus dan membedil tempat-tempat awam sewenang-wenangnya, yang disifatkan AS sebagai satu jenayah perang.

Di tengah-tengah pencerobohan itu, Biden akan mengadakan pertemuan dengan Divisyen Operasi Udara AS ke-82, iaitu sebahagian daripada kerahan NATO kepada bahagian timur Persekutuan itu.

Semasa sidang tergempar di Brussels Khamis lalu, NATO mengumumkan kerahan lebih banyak pasukan ke Romania, Hungary, Slovakia dan Bulgaria serta mempertingkatkan pertahanan kimia dan nuklear sekiranya Rusia memperluaskan liputan serangan selain Ukraine.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya