Suami isteri bersatu semula dengan anak yang diculik sejak 14 tahun lalu - Utusan Malaysia

Suami isteri bersatu semula dengan anak yang diculik sejak 14 tahun lalu

SUN Haiyang dan isterinya, Peng Siying bertemu dengan anak lelaki mereka, Sun Zhuo yang hilang selama 14 tahun akibat diculik di selatan China, baru-baru ini. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Sepasang suami isteri akhirnya dapat bersatu semula dengan anak lelaki mereka yang hilang selama 14 tahun dalam satu majlis penuh emosi di selatan China.

Sun Zhuo, 18, diculik di bandar Shenzhen pada 2007 ketika dia berusia empat tahun, namun ibu bapanya tidak pernah putus harapan untuk terus mencari anak mereka.

Bapanya, Sun Haiyang dan ibunya, Peng Siying sanggup menjual harta benda demi menampung kos perbelanjaan untuk mencari anak lelaki mereka.

Pasangan itu turut menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak AS$31,000 (RM130,748) kepada mana-mana pihak yang boleh memberi maklumat mengenai anaknya.

Selama beberapa tahun, Haiyang merantau ke hampir semua wilayah dan kawasan di seluruh China untuk mencari anaknya sehingga kisah mereka menjadi inspirasi kepada pengarah filem Hong Kong, Peter Chan untuk menghasilkan filem.

Filem itu turut menjadi ‘box office’ dan isu berkaitan penyeludupan serta penculikan kanak-kanak di China menjadi tumpuan pelbagai pihak.

Dalam pada itu, polis berjaya mengesan Zhuo di timur wilayah Shandong selepas mereka menggunakan teknologi pengecaman muka untuk mengenal pasti wajah suspek yang dikenali sebagai Wu.

Selepas itu, identiti Zhuo disahkan menerusi analisis asid deoksiribonukleik (DNA) dan Wu kini ditahan kerana didakwa menculik dua kanak-kanak termasuk Zhuo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya