Niat bunuh diri tak kesampaian - Utusan Malaysia

Niat bunuh diri tak kesampaian

MANGSA melakukan terjunan di sekitar kawasan air terjun Kelok Jariang, Padang.-KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG: Seorang lelaki yang berniat membunuh diri dengan terjun ke dalam air terjun sedalam 30 meter terselamat selepas bertahan selama 19 jam di kawasan Kelok Jariang, Kecamatan Bungus Teluk Kabung.

Lapor Kompas.com, TI, 44, nekad terjun kira-kira pukul 3.00 petang (waktu tempatan) dan ditemukan dalam keadaan dipenuhi luka.

Ketua Polis Bungus Teluk Kabung, Zamzami  berkata, mangsa masih menyedarkan diri dengan luka-luka kelihatan di bahagian kepala, punggung, kaki dan tangan.

Katanya, mangsa nekad melakukan perkara itu kerana putus asa dengan penyakit yang dialaminya tidak sembuh sehingga ke hari ini menyebabkan dia berasa malu kepada isteri dan keluarganya.

“Isteri mangsa menerima kiriman mesej yang mengatakan suaminya ingin membunuh diri.

“Wanita itu kemudian menghubungi suaminya, namun, yang menjawab panggilan itu adalah orang lain,” katanya.

Isteri mangsa kemudian membuat laporan polis dan menuju ke lokasi kejadian.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya