MH370: Apakah akhirnya akan dapat ditemukan jua? - Utusan Malaysia

MH370: Apakah akhirnya akan dapat ditemukan jua?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, merupakan salah satu misteri penerbangan terbesar di dunia.

BBC melaporkan, bagaimanapun seorang jurutera aeronautik Britain, yang telah menghabiskan lebih setahun ‘menyiasat’ bencana itu berpendapat, beliau telah ‘mengira’ kedudukan MH370 dilaporkan ‘terhempas’.

Richard Godfrey percaya pesawat Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi, 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.

Pesawat itu hilang daripada radar semasa penerbangan pada Mac 2014.

Godfrey memberitahu BBC, beliau berharap akan dapat memberikan ‘kesimpulan’ dan jawapan mengenai apa yang berlaku terhadap MH370 dan bagaimana peristiwa sama dapat dihalang pada masa depan.

Beliau menggabungkan set data berbeza yang sebelum ini disimpan dalam domain berasingan, untuk menjajarkan ke lokasi baharu itu di Lautan Hindi Selatan.

“Tiada siapa yang mempunyai idea sebelum ini untuk menggabungkan data satelit Inmarsat, dengan data prestasi Boeing, dengan data hanyut serpihan terapung serta data WSPR,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya