Lelaki bunuh anjing sebab gigit anak - Utusan Malaysia

Lelaki bunuh anjing sebab gigit anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki didakwa membunuh seekor anjing selepas binatang itu menggigit anak lelakinya di daerah Gwalior, Madhya Pradesh.

Lapor India Today, kejadian berlaku di kampung Simariatal dengan video pembunuhan kejam bertebaran dalam media sosial.

Susulan itu, aktivis Masyarakat untuk Rawatan Haiwan Beretika (PETA) membuat laporan di balai polis Dehat.

Menerusi rakaman video itu, lelaki itu dilihat memukul anjing sehingga mengerang kesakitan dan memotong kaki haiwan itu dengan sebuah peralatan tajam.

Penduduk kampung memberitahu, lelaki itu berasa berang dengan anjing tersebut kerana menyerang dan menggigit anaknya.

Anjing itu juga dikatakan menggigit lima penduduk kampung lain.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya