fbpx

23 Januari 2022, 8:44 am

  TERKINI

Jepun tolak spekulasi Gunung Fuji bakal meletus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun hari ini menolak spekulasi Gunung Berapi Fuji bakal meletus selepas gempa bumi berukuran 4.8 skala Richter melanda kawasan itu.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 6.37 pagi waktu tempatan itu menggegarkan kawasan sekitar gunung tersebut, kira-kira 100 kilometer ke barat Tokyo.

Namun, tiada sebarang kecederaan mahupun kerosakan dilaporkan susulan gempa tersebut.

Tanda pagar ‘letusan Gunung Fuji’ menjadi trending dalam Twitter dengan ada pengguna media sosial menyatakan Tokyo bakal ditimpa ‘malapetaka’ sekiranya Gunung Fuji meletus dan keadaan diburukkan dengan pandemik Covid-19.

Kali terakhir gunung itu meletus adalah lebih 300 tahun lalu, namun masih aktif sehingga kini.

Pihak berkuasa terdahulu memaklumkan, letusan besar akan menyebabkan rangkaian pengangkutan di Tokyo terjejas dan lebuh raya akan lumpuh sekurang-kurangnya selama tiga jam.

Sementara itu, Agensi Meteorologi Jepun menyatakan, tiada data menunjukkan gunung berapi itu bakal meletus dalam masa terdekat. – REUTERS

POPULAR

KOSMO! TERKINI