Buruh berzina dengan anak sendiri tujuh kali - Utusan Malaysia

Buruh berzina dengan anak sendiri tujuh kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TENGAH: Seorang buruh berusia 43 tahun diberkas oleh pihak polis kerana didakwa melakukan persetubuhan dengan anak kandung di bawah umur.

Lapor Kompas.com, perbuatan terkutuk itu dilakukan terhadap mangsa berusia 11 tahun sebanyak tujuh kali di beberapa lokasi.

Suspek dikenali sebagai BS memaklumkan perbuatannya itu dilakukan di daerah Ampel, Boyolali dan Jatinom, Klaten.

Lelaki itu mengaku dia terlalu sayangkan mangsa dan berjanji akan bertanggungjawab sekiranya kanak-kanak itu hamil.

Berdasarkan pengakuan pelaku di Pejabat Polis Klaten, dia nekad merogol mangsa kerana sudah lama berpisah dengan anak dan isterinya sejak lima tahun lalu.

Suspek buat pertama kali bertemu dengan mangsa ketika bekerja berdekatan rumah kanak-kanak itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya