13 orang awam maut ditembak pasukan keselamatan India - Utusan Malaysia

13 orang awam maut ditembak pasukan keselamatan India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seramai 13 orang awam maut di Nagaland selepas pasukan keselamatan India melepaskan tembakan ke arah sebuah trak dan menyasarkan orang ramai yang menyertai protes membantah serangan tersebut.

Menurut polis, enam pekerja buruh maut ditembak oleh pasukan keselamatan ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di daerah Mon, berhampiran sempadan Myanmar.

Mangsa terkorban selepas pasukan keselamatan melancarkan serangan hendap terhadap pemberontak yang dipercayai beroperasi di kawasan tersebut.

Ahli keluarga dan penduduk kampung kemudian keluar mencari lelaki yang hilang dan berjumpa dengan pasukan keselamatan selepas menemukan mayat mangsa.

“Konfrontasi berlaku antara kedua-dua pihak menyebabkan anggota keselamatan melepaskan tembakan sehingga membunuh tujuh lagi orang awam,” kata pegawai polis Nagaland, Sandeep M. Tamgadge.

Tamgadge berkata, situasi di daerah itu `amat tegang’ dengan sembilan orang awam lain cedera dalam insiden kedua, kini sedang dirawat di hospital tempatan.

Sementara itu, tentera India menerusi kenyataan memaklumkan seorang anggota keselamatan terkorban dalam kejadian itu dan beberapa anggota lain juga mengalami kecederaan.

Jelas tentera India, pihaknya bertindak atas `maklumat risikan kukuh’ bahawa terdapat aktiviti pemberontak di kawasan itu dan melancarkan serangan hendap untuk mengekang operasi kumpulan tersebut.

“Punca kematian dalam insiden ini masih sedang disiasat di peringkat tertinggi dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan undang-undang,” jelas kenyataan itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.