BRAZIL: Seorang model menyesal selepas melabur sebanyak 13,000 pound sterling (RM74,000) semata-mata menjalani pembedahan suntikan ‘filler’ di wajahnya.
Lapor Daily Star, tujuan wanita itu melakukan sedemikian supaya kelihatan cantik apabila memuat naik gambarnya dalam media sosial tanpa menggunakan sebarang filter.
Carol Tozaki yang pernah memegang takhta Miss Sao Paulo Intercontinental akhirnya terpaksa berehat seketika daripada aktif di media sosial selepas menyedari wajahnya kelihatan buruk.
“Saya mahu jujur dan tidak mahu menggunakan sebarang filter. Kita perlu berbangga dengan kecantikan sebenar.
“Penggunaan filter semasa menangkap gambar hanyalah toksik semata-mata,” katanya sebelum melakukan pembedahan tersebut.
Kenyataan itu mengundang kutukan pengguna media sosial yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut.
Disebabkan hasrat yang diinginkan tidak tercapai, dia berjumpa doktor semula untuk mengembalikan wajahnya seperti asal.
Model kelahiran Brazil ini bukanlah satu-satunya selebriti yang memutuskan melakukan pembedahan untuk mengembalikan wajahnya seperti asal.
Sebelum ini, bintang realiti, Molly Mae Hague melakukan pembedahan semula kerana dia pernah menjalani pembedahan kosmetik semasa zaman muda.










