LONDON: Stadium Tottenham Hotspur yang memuatkan 60,000 kerusi diumumkan sebagai antara pemenang Anugerah Seni Reka Kebangsaan 2021 tahun ini.
Dailymail melaporkan, hari ini Institut Diraja Seni Reka Britain (RIBA) mengumumkan 54 pemenang anugerah berprestij itu bagi mengiktiraf bangunan baharu terbaik Britain.
Selain stadium, turut terpilih sebagai pemenang adalah Masjid Pusat Cambridge di Cambridge.
Masjid itu boleh memuatkan 1,000 jemaah.










