Lelaki warga emas dipenjara selepas tumbuk dan tampar kanak-kanak berbasikal di jalan raya - Utusan Malaysia

Lelaki warga emas dipenjara selepas tumbuk dan tampar kanak-kanak berbasikal di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun dihukum penjara selama lima hari selepas menyerang seorang pelajar sekolah rendah.

Tertuduh yang dikenali sebagai Chua Chek Yong didakwa menampar dan menumbuk pelajar itu hanya kerana dia menaiki basikal di jalan raya berhampiran blok perumahan awam.

Chek Yong mengaku bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap individu berusia bawah 14 tahun.

Dalam kejadian yang berlaku pada 13 November 2020, Chek Yong ternampak pelajar tersebut berbasikal di jalan raya berhampiran Blok 438 Hougang Avenue.

Dia kemudiannya memberitahu pelajar itu supaya tidak berbasikal di situ dan kanak-kanak tersebut beredar.

Seminggu kemudian, iaitu pada 20 November, Chek Yong sekali lagi ternampak kanak-kanak itu berbasikal di jalan raya dan dia mengugut untuk memancitkan tayar jika masih berdegil.

Kanak-kanak lelaki itu beredar dan 15 minit kemudian, dia didapati masih berbasikal di jalan raya berkenaan.

“Chek Yong menahan budak lelaki itu dan mencabarnya untuk menghubungi polis sebelum menampar mukanya.

“Kanak-kanak itu sempat merakam insiden tersebut menggunakan telefon bimbitnya, dan Chek Yong cuba merampas gajet itu menyebabkannya terjatuh.

“Apabila kanak-kanak itu cuba mengambil telefonnya, lelaki tersebut terus menumbuk muka, kepala, dada dan kaki sebanyak beberapa kali,” lapor akhbar TODAY.

Selepas insiden itu, Chek Yong beredar dan seorang pejalan kaki membantu kanak-kanak tersebut menghubungi bapanya kemudian membuat laporan polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya