New South Wales rekod kes Covid-19 tertinggi - Utusan Malaysia

New South Wales rekod kes Covid-19 tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sydney merekodkan jumlah kes jangkitan baharu semalam dengan lima kematian akibat Covid-19, ketika pihak berkuasa Australia meluaskan perintah berkurung ke beberapa kawasan.

Enam minggu selepas lima juta penduduk bandar raya ini menjalani perintah berkurung, jumlah kes jangkitan baharu di negeri New South Wales meningkat kepada 262, iaitu tertinggi sejak pandemik bermula.

Pihak berkuasa kesihatan memaklumkan, kebanyakan kes jangkitan baharu direkodkan di Sydney dan di beberapa kawasan lain.

Lima kes positif direkodkan di Newcastle iaitu bandar yang dihuni 320,000 penduduk di utara Sydney, menyebabkan sejumlah sekolah ditutup dan semua penduduk diarah duduk di rumah selama seminggu.

Selain itu, lima pesakit Covid-19 berusia 60 hingga 80-an meninggal dunia di Sydney dalam tempoh 24 jam dan tiada seorang dalam kalangan mereka sudah menerima vaksin.

Dianggarkan kira-kira 20 peratus penduduk Australia sudah menerima vaksinasi lengkap. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya