15 jam derita ikan puyu tersekat di celah kerongkong - Utusan Malaysia

15 jam derita ikan puyu tersekat di celah kerongkong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALIMANTAN: Seorang lelaki terpaksa dibedah akibat tertelan seekor ikan puyu yang tersangkut di kerongkongnya.

Lapor Tribunnews, mangsa, Syamsudin, 32, terpaksa menahan sakit selama 15 jam akibat kejadian itu.

Kejadian bermula pada pukul 2 petang, Khamis lalu, ketika mangsa keluar memancing di desa Palajau.

Ketika memegang joran kedua, tangan lelaki itu masih memegang ikan puyu dari joran pertama.

Dia kemudian menggigit ikan puyu itu kerana kedua-dua tangannya sedang sibuk mengambil ikan pada pancingan kedua.

Ikan yang digigit itu kemudian secara tidak sengaja bergerak-gerak sehingga masuk ke anak tekaknya.

Adik mangsa, Ahmad mengesahkan kejadian yang menimpa abangnya.

Katanya, ikan itu tersangkut di kerongkong abangnya selama berjam-jam.

Keluarga mangsa kemudian membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Ikan puyu merupakan jenis ikan yang memiliki sirip berduri pada sisi kiri dan kanannya.

Dr. Arif berkata, setelah dilakukan ujian X-ray, ikan itu agak besar untuk dikeluarkan dari mulut mangsa kerana siripnya yang berduri sudah tersangkut di dinding tekak.

Jelasnya, mata kail juga didapati turut tersangkut pada bahagian kerongkongnya.

Pasukan perubatan berusaha sebanyak lima kali untuk mengeluarkan ikan itu, namun tidak berjaya.

Dia kemudian dirujuk ke Hospital Ulin di Banjarmasin bagi rawatan lanjut dan ikan itu berjaya dikeluarkan selepas operasi pembedahan dengan memotong sirip ikan tersebut dilakukan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya