Sinovac, Sinopharm selamatkan banyak nyawa - Utusan Malaysia

Sinovac, Sinopharm selamatkan banyak nyawa

VAKSIn Sinovac banyak digunakan di rantau Asia termasuk Indonesia, Malaysia dan Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Vaksin Covid-19 keluaran China iaitu Sinovac dan Sinopharm memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan imuniti kelompok di rantau Asia.

Namun, sejak kebelakangan ini, timbul persoalan dari pelbagai pihak mengenai keberkesanan dua vaksin tersebut dalam menentang Covid-19 apabila terdapat negara membuat keputusan untuk mencampurkan vaksin.

Sebagai contoh, Indonesia yang sebelum ini menggunakan Sinovac dalam program vaksinasinya kini memberi dos tambahan kepada golongan petugas perubatan menggunakan vaksin Moderna.

Begitu juga dengan Thailand yang merancang untuk mencampurkan vaksin Sinovac dengan AstraZeneca bagi meningkatkan sistem imunisasi.

Menerusi ujian klinikal yang diadakan di seluruh dunia, Sinovac dan Sinopharm berkesan sebanyak 50 hingga 79 peratus menentang jangkitan Covid-19 yang bergejala.

Kedua-dua vaksin itu juga 100 peratus berkesan mencegah kemasukan ke hospital atau kematian akibat Covid-19.

Namun, kesangsian terhadap dua vaksin tersebut muncul apabila satu kajian yang dilakukan Thailand minggu ini menunjukkan antibodi golongan yang sudah menerima vaksinasi lengkap merosot sehingga separuh dalam tempoh 40 hari.

Pakar epidemiologi di Universiti Hong Kong, Prof. Benjamin Cowling, perkara itu mungkin disebabkan oleh kemunculan varian Delta yang lebih mudah berjangkit.

Beliau juga memaklumkan, dua vaksin itu menawarkan kira-kira 20 peratus perlindungan menentang varian Delta berbanding varian asal.

“Tiada satu pun vaksin yang betul-betul berkesan menentang jangkitan Covid-19 dan vaksin Sinovac serta Sinopharm juga membantu dunia selamatkan banyak nyawa,” katanya.

Golongan pakar juga menegaskan penembusan jangkitan tidak bermaksud vaksin yang dihasilkan tidak berkesan kerana imunisasi membantu orang ramai daripada mempunyai komplikasi teruk akibat Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.