Perintah sekatan di Brisbane selama tiga hari - Utusan Malaysia

Perintah sekatan di Brisbane selama tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRISBANE: Bandar ketiga terbesar di Australia, Brisbane dan beberapa kawasan di Queensland akan melaksanakan perintah sekatan pergerakan Covid-19 bermula hari ini bagi membendung penularan varian Delta.

Menerusi arahan itu, jutaan penduduk di bandar dan di beberapa kawasan akan menjalani perintah kekal berada di rumah bermula tengah hari tadi selama tiga hari.

Menerusi perintah sekatan lebih ketat yang dikuatkuasakan, penduduk hanya dibenarkan keluar rumah bagi urusan penting seperti membeli barang dapur dan bersenam.

Timbalan Ketua Menteri Queensland, Steven Miles berkata, pihaknya sudah melihat pengalaman di negeri lain dalam berdepan ancaman jangkitan varian Delta.

Katanya, tiada cara lain melainkan tindakan cepat, pantas dan kuat dalam mengekang penularan varian baharu itu.

Terdapat tujuh kes membabitkan varian Delta di Queensland yang dikatakan melibatkan pelajar sekolah, keluarga dan tenaga pengajar.

Namun, pihak berkuasa masih berusaha mengesan punca penularan jangkitan itu. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya