Aceh masih jadi wilayah termiskin di Kepulauan Sumatera - Utusan Malaysia

Aceh masih jadi wilayah termiskin di Kepulauan Sumatera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Aceh sekali lagi disenaraikan sebagai wilayah termiskin di Kepulauan Sumatera dengan kadar peratusan sebanyak 15.33 peratus.

Lapor Detik.com, data dari Agensi Pusat Statistik (BPS) menunjukkan jumlah penduduk miskin di Serambi Mekah kini mencapai lebih 834,000 orang.

Menurut BPS, jumlah penduduk miskin di Aceh menunjukkan penurunan dari segi peratusan iaitu daripada 15.43 peratus kepada 15.33 peratus bagi tempoh September 2020 hingga Mac lalu.

Namun, dari segi angka, jumlah penduduk miskin di Tanah Rencong semakin meningkat.

“Pada Mac lalu, jumlah penduduk miskin di Aceh sebanyak 834,240, pertambahan sebanyak 330 orang berbanding 833,910 yang dilaporkan pada September 2020,” kata Ketua BPS Aceh, Ihsanurijal dalam sidang akhbar.

Menurut Ihsanurijal, beberapa faktor yang mempengaruhi peningkatan kadar kemiskinan di Aceh.

Kata beliau, antaranya, Kadar Pengangguran Terbuka (TPT) yang dicatatkan pada Februari lalu sebanyak 6.30 peratus atau lebih rendah berbanding 6.59 peratus pada Ogos 2020.

Pandemik Covid-19 juga dianggap mencetuskan keadaan itu dengan memberi kesan terhadap golongan pekerja seperti kehilangan pekerjaan dan waktu bekerja berkurangan.

Menurut BPS, wilayah kedua termiskin di Sumatera adalah Bengkulu dengan 15.22 peratus diikuti dengan Sumatera Selatan pada tempat ketiga (12.84 peratus) dan Lampung di kedudukan keempat (12.62 peratus). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya