Suu Kyi didakwa terima rasuah - Utusan Malaysia

Suu Kyi didakwa terima rasuah

AUNG SAN SUU KYI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Pemimpin demokrasi Myanmar yang disingkir, Aung San Suu Kyi sekali lagi berdepan dengan tuduhan rasuah selepas didakwa menerima suapan berupa sejumlah emas dan wang tunai bernilai separuh juta dolar.

Sejak ditahan junta tentera pada Februari lalu, Suu Kyi didakwa dengan pelbagai kesalahan termasuk hasutan dan mencabuli undang-undang rahsia negara ini.

Pendakwaan baharu itu menyaksikan Suu Kyi menerima wang tunai bernilai AS$600,000 (RM2.8 juta) berserta 11 kilogram emas dari bekas Ketua Menteri Yangon.

Suruhanjaya Anti Rasuah Myanmar menemukan bukti bahawa Suu Kyi melakukan rasuah dengan ‘menggunakan kendudukan serta kuasanya’.

Sehubungan itu, beliau didakwa di bawah Akta Anti rasuah Seksyen 55.

Selain itu, Suu Kyi turut didakwa menyalahgunakan kuasanya ketika menyewa dua kawasan tanah untuk yayasan kebajikannya. – AFP

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya