Singapura hanya catat 4 kes baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

Singapura hanya catat 4 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Negara ini mencatatkan pertambahan bilangan empat kes baharu Covid-19 sekali gus merekodkan kes paling terendah dalam tempoh empat bulan.

Menteri Kesihatan Singapura memaklumkan dua kes melibatkan jangkitan tempatan dan kes lain mempunyai perkaitan dengan kes terdahulu serta menjalani kuarantin.

Katanya, terdapat juga dua kes import yang sudah menjalani kuarantin kendiri di rumah sejurus ketibaan di negara ini.

Kedua-dua individu itu merupakan rakyat Singapura dan penduduk tetap.

Kes terbaharu itu adalah terendah sejak 23 Februari lalu yang turut menyaksikan bilangan kes sama. -CHANNEL NEWS ASIA

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN