Saya sudah bersedia untuk bersara - Duterte - Utusan Malaysia

Saya sudah bersedia untuk bersara – Duterte

RODRIGO DUTERTE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Dalam tempoh kurang setahun, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bakal menamatkan penggal pentadbirannya selama enam tahun pada Jun 2022.

Duterte memaklumkan beliau tidak mahu bertanding sebarang jawatan dalam pilihan raya umum Filipina pada tahun depan.

Beliau juga menolak ‘seruan’ daripada para penyokongnya untuk bertanding dengan anak perempuannya bgai merebut jawatan sebagai presiden dan timbalan presiden Filipina.

“Saya sudah bersedia untuk bersara. Jika kita menang dalam pilihan raya akan datang, kumpulan pengkritik akan kata saya gila kuasa.

“Maka, saya tidak mahu bertanding merebut apa jua jawatan dalam pilihan raya tahun depan,” katanya.

Pada Mei lepas, Parti PDP-Laban secara rasmi melancarkan resolusi untuk mendesak Duterte bertanding merebut jawatan timbalan presiden dan anak perempuannya sebagai presiden.

Namun, cadangan tersebut ditolak Duterte, malah beliau juga menasihati anak perempuannya supaya tidak bertanding jawatan presiden.

“Anda tidak akan peroleh apa-apa, selain bebanan kerja yang banyak, adakah itu yang anda mahukan dalam hidup?,” soal Duterte.

Anak perempuannya, Sara merupakan antara calon presiden paling berpotensi untuk pilihan raya akan datang. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.