Rancangan hasilkan filem serangan keganasan di New Zealand dibantah - Utusan Malaysia

Rancangan hasilkan filem serangan keganasan di New Zealand dibantah

JACINDA ARDERN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Rancangan untuk menghasilkan filem mengenai tindakan tegas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berhubung insiden keganasan yang menyaksikan pembunuhan umat Islam di negara ini mendapat kecaman.

Portal berita Deadline melaporkan, aktres dari Australia, Rose Byrne dijangka memegang watak sebagai Ardern dalam filem yang berjudul ‘They Are Us’.

Filem itu dijangka memulakan penggambaran dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Serangan pengganas kulit putih di dua masjid di Christchurch pada Mac 2019 menyaksikan 51 penduduk beragama Islam maut ditembak.

Filem itu mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak terutamanya keluarga mangsa yang menyifatkannya sebagai tidak sensitif.

Jurucakap Persatuan Islam Canterbury, Abdigani Ali berkata, komuniti perlu ‘tahu dan sedar’ akan serangan tersebut, namun bukan menerusi filem dan seharusnya bersifat lebih sensitif.

Sementara itu, pejabat Perdana Menteri New Zealand menerusi kenyataan memaklumkan Ardern dan kerajaan negara ini tidak terlibat dalam penghasilan filem berkenaan. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya