Anjing makan mayat mangsa Covid-19 - Utusan Malaysia

Anjing makan mayat mangsa Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDIA: Seekor anjing liar dilihat memakan cebisan sisa-sisa badan manusia yang dibakar dengan tidak sempurna di tebing sungai Bhagirathi, India.

Seorang penduduk di Uttarkashi, Uttrakhand mendakwa melihat binatang itu memakan daging manusia yang dihanyutkan ke sungai selepas dibakar.

Penduduk tempatan lain pula memberitahu dia terlihat anjing itu memakan mayat mangsa ketika sedang melukis di tepi sungai.

Disebabkan kejadian itu, penduduk tempatan turut bimbang sekiranya wabak Covid-19 boleh merebak lebih jauh melalui aliran air sungai atau melalui anjing yang memakan mayat mangsa pesakit tersebut.

Presiden perbandaran, Ramesh Semwal berkata, dia sudah mengarahkan pegawainya mengebumikan mayat mangsa yang separuh terbakar dan hanyut di tebing sungai selepas menerima aduan.

“Sejak beberapa hari lalu, jumlah kematian semakin meningkat di daerah ini. Saya juga maklum mengenai mayat yang tidak dibakar dengan betul.

“Jadi, saya sudah mengaturkan pembakaran mayat itu di Kedar Ghat,” katanya.

Rakaman gambar menunjukkan keluarga mangsa memakai alat pelindung diri (PPE) dan mencampakkan mayat itu ke dalam Sungai Rapti di Balrampur, Uttar Pradesh.

Pihak berkuasa mempercayai keluarga mangsa tidak mempunyai tempat untuk membakar mayat itu. -AGENSI

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN